Sunday, 29 November 2015

Bicara Bisu

Assalamualaikum semua...maaf lah korang,dah lama tidak update blog(*walaupun bukan ada org bace pun). Kali ini tiada kata pendahuluan yang mampu aq ucapkan,tiada kata mukadimah yang mampu aq bicarakan....mungkin kerna sudah terlalu lama tidak menulis...atau mungkin terlalu lama menyepikan diri....entah kepada siapa yang aq menyepikan diri...huhuuhuhuh.Oklah,sebagaimana yang tertera diatas,itulah yg aq ingin sampaikan kali ini...mungkin bagi korang ianya hanya sekadar kata2 atau mungkin hanya sekadar puisi.Namun,bagiku ianya terlalu mendalam maksud yew...semoga korang pun mampu memahaminya....oklah....it's show time


Semalam...
Bicara bisu yang teruju...
Membuat aq layu membatu...

Bicara bisu yang hadir...
Membuat airmata tidak jemu mengalir...
Dalam hebatnya perjuangan...
Bicara bisu menikam kejam...
Bicara bisu,
Pembunuh rindu...
Meruntuh tembok kesetiaan...
Yang bertahun-tahun tegak bertahan...

Bicara bisu...
Membawa utusan...
Bahawa antara kita...
Terasing tanpa satu pertalian...
Bicara bisu membisikan...
Selamat tinggal wahai sayang...
Bicara bisu...
Menutup tirai pertemuan...
Melabuhkan tirai perpisahan...
Buat seorang aq...
Yang telah terlalu lama menunggu.
Continue Reading

Tuesday, 8 September 2015

| Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau…? | :.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau…?
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau…?
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau…?
Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau…?
aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah Ku : Tahukah Dikau…?
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu…

InsyaAllah… Ami Ya RabbalA'lamin...
Continue Reading

Friday, 4 September 2015

Andai Lelaki Tahu

Assalamualaikum...
Aduhai lamanya tak update blog  ni kan....maklumlah buzy #buzy makan tido makan tido tanpa ada ape2 aktiviti lain dapat dikesan..... Sedar tak sedar jugak dah hampir sebulan nurul bercuti....kini tinggal menghintung hari untuk kembali ke alam U dengan keadaan yang lagi mencabar....Mencabar disini bukanlah bermaksud dah bertukar status dari Diploma ke Ijazah..hahaha...yang itu mencabar jugak,tapi,yang tu lambat lagi ....Tapi mencabar disini adalah dengan subjek2 yang lagi strong lah org kata....

Oklah....kita lupakan dulu tentang subjek2 yang semakin mencabar tu....sekarang nie kita kembali kepada tajuk asal kita....mungkin tajuk diatas tu meninggalkan tanda tanya kepada kita..tapi ketahui lah itu lah hakikatnya...*mesti korang akan fikir nurul nie sedang di lamun cinta kan...xpun,mesti korang fikir nurul nie nak menyebelahi perempuan kan...hahahah3... sory..tanggapan korang salah...sebenarnya nurul share tentang ini kerana sejak beberapa hari ini ad seorang perempuan yang mengadu tentang masalah nya dekat nurul...jadi berdasarkan pengalaman dia lah,maka tercetus lah idea nak share tentang ini...sebagai pengetahuan kepada lelaki2 dan perempuan diluar sana*macam lah ramai sangat yang baca blog  nie kan. Oklah,tanpa ingin membuang masa...maka... tersebut lah kisah~~~~~


Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlomba- lomba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabb-Nya.
Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. Wallahu a’lam bish-shawab
Semoga bermanfa'at,In Syaa Allah
Bilamana catatan ini dirasa bermanfaat bagi Para Sahabat....Maka Sebarkanlah.
Semoga membawa PERUBAHAN ke yang lebih baik.
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Semoga kita bisa mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Continue Reading

Friday, 24 July 2015

Titik Cahaya

Assalamualaikum semua....sedar tak sedar dah seminggu kita beraya kan..dan tanpa sedar tak sedar esok dah nak balik ke U balik,... walaupun  pada hakikatnya,sepatutnya dan sebetulnya sesi pembelajaran  dah bermula hari rabu lepas dah (*kepada adik2yang baru masuk u tu jangan nak ikot senpai nie ye...hahaah3).

Okey lah...memandangkan  dah nak balik ke U...sementara masih ada masa terluang ni,nurul nak share satu lagi puisi lah...sebenarnya puisi nie pun dah lame dah  tertulis,terlakar dan tercipta....tapi itu lah,biler dah koya buzy tu kan xada makna ye lah nak update blog...dan akhirnya ia tersimpan rapi dalam buku catatan hati....jadi sekarang nurul nak pindahkan puisi dari buku catatan hati nurul nie kepada buku catatan penulisan nurul nie(*blog).

1...2...3....its show timee!!!!

*********************************************************************************
~TITIK CAHAYA~

Telah ku temui satu titik cahaya...
Titik cahaya yang telah membuka mataku...
Yang telah memberi ku satu semangat untuk diri ini terus melangkah....
Sungguh...
Cahaya itu sebenarnya sentiasa ada di sekeliling kita...
Yang meminta kita untuk membaca tanda-tanda alam ini...
Yang menuntun kita untuk terus menyelusuri kehidupan ini...

Ya ALLAH...
Sungguh....
Terlalu banyak hal yang belum ku temui...
Terlalu banyak hal yang belum ku terokai...
Dan...
Terlalu banyak hal yang belum ku jelajahi...
Namun..
Itu bukan bererti untuk ku mengalah...
Tapi...
Akan ku jadikan itu satu semangat untuk terus melangkah...
Dan...
Ku tetap akan meneruskan perjalanan ku ini...
Meskipun baru kini ku mulai...
Meskipun baru kini ku temui...

ISLAM itu bukan hanya jalan yang kita pilih...
Tapi...
Jejak yang kita tinggalkan.

Peradaban takkan terlakar tanpa karya~

*********************************************************************************
Okey lah..sampai disini sahaja dahulu post kali ini... semoga ia dapat memberi maafaat kepada pembaca dan penulis ini sendiri(*buat2 xtahu siapa penulisnya..annynomous). Kepada membaca boleh lah menegur mana2 yang silap,mana2 yang kurang...sesungguhnya diri ini hamba hina..banyak kekurangannya.

Yang baik jadikan tauladan...
Yang buruk jadikan sempadan..

Continue Reading

Wednesday, 22 July 2015

Raya : Tangisan Lelaki

Assalamualaikum semua… macam mana dengan raya korang? Mesti best kan…ye lah,dapat balik kampong,dapat luangkan mase bersama family….boleh selfie banyak2 kan dengan saudara mara…memang seronok lah kan…

Aq raya macam biasa ye..maklum lah memang kampong dekat jew…saudara-mara pun dekat2 jah…jadi dalam kehidupan aq nie,xada istilah balik kampong lah…sebab ibu bapa aq berasal,disitu lah aq menetap…
Okey…dalam kite sibuk beraya nie..mesti korang yang umur dah 20 keatas,mesti banyak dapat soalan cepu mas dari saudara-mara kan… soalan yang paling femes yang biasa kita dengar …
“bila nak kawin?”
Hahah…nasib baik aq muda agy…kalau aq lah,time2 raye nie,biler jumpa saudara-mara lah kan..aq dapat jugak soalan…tapi soalan nie memang favourite aq lah…dan xsesusah jawap soalan dekat atas tu…. Jeng….jeng..jeng…mesti korang nak tahu kan ape soalan dia…soalannya berbunyi…
“tingkatan berapa dah?”
“periksa lah kan tahun nie”

Hahaha..nampak tak kat situ..bertapa mudanya aq nie…so,kata putri,”so….kita enjoy” ye lah..umur masih muda,kata orang tua-tua…umur baru setahun jangung…hahahah…
Okey2….aq tak nak share rahsia awet muda aq nie…ari nie aq nak share sesuatu yang tibe2 terlintas difikiran ku bagaikan hujan yang turun mencurah-curah dari langit…

Aq tertanya2…macam mane lah aq boleh bagi nasihat tentang cinta…sedangkan aq tak pernah alami pun ape itu cinta….jap…tipu lah aq cakap xpernah….pernah tu pernah lah..tapi setakat cinta monyet je kot…tak ada lah macam couple sekarang nie…siap berjanji nak hidup semati la.… semoga awk org terawal dan terakhir lah dan macam2 lagi lah..…yekkk.

Ok2..dah banyak sangat dah aq merapu nie…hampir terlupa dan ape sebenarnya nak cerita ari nie..
Ok2… hari ni aq nak share tentang tangisan lelaki…mungkin selama nie kita  tak tahu kan tentang tangisan lelaki,sebab kita begitu sinonim dengan tangisan adalah untuk perempuan…tapi kita lupa,lelaki juga ada perasaan…mereka juga menangis…malah mereka lebih banyak menangis berbanding perempuan….jadi ari nie aq nak share tentang fakta tangisan lelaki (*terjumpa dalam pendrive lame,dah berhabuk dah pun fakta nie..fakta ke ?biarlah lah korang yang lelaki yang jawap yew)



 Tangisan Lelaki

 Lelaki sebenarnya jauh lebih sering MENANGIS?
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya.

Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.

Lelaki menangis kerana tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak penyangga dalam rumah tangga.
Menjadi pengawal Tuhan bagi ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.

Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.

Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.
 Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.

Lelaki menangis dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.
 Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.

Lelaki menangis dalam tegak & teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.


Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh.

Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri & keluarganya digugat.
Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari.
Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki.
Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak & isteri.
Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya.

Namun..
Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya apabila bersendirian.. menyedari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Allah.

Pandanglah Ayah..
Pandanglah Suami..
Pandanglah Saudara lelaki..

Sesungguhnya syurga Allah berada di dalam keredhaan mereka..

****************************************************************************************************************
okeylah,sampai disini sahaja post untuk kali ini...dan rasanya belum terlambat lagu untuk aq ucapankan selamat hari raya...maaf zahir & batin

Continue Reading

Monday, 13 July 2015

Semalam

*Bismillahirrahmanirrahim* *Tika tinta seolah terhenti,* *tiada kata tertaip* *tiada huruf tercatit* *hanya ada langkah terus mengorak* *hanya ada bicara terus disusun* *hanya ada idea terus menerpa.* *Allahku,* *aku perlu kekuatan daripadaMu,* *merangkulku erat dalam redha* *menyiramiku dalam ketaatan cinta* *biar hujan duka* *biar gerimis suka* *pasti...* *semua tiada apa,* *cukuplah Engkau ‘ada’* *sudi terus bertakhta* *di hati yang terus bernoda,* *Engkau punyai banyak hamba selainku,* *tapi aku hanya ada SATU TUHAN* *Allahku....


Assalamualaikum semua pembaca-pembaca blog ku ini(*sambil sapu-sapu cikit halaman blog yang berdebu nie)…..hahahahah3…walaupun tahu sebenarnya tak ada orang pun yang bace blog nie…tapi its okey….sebab ape? Sebabnya niat nurul buat blog nie hanya sekadar melempiaskan nafsu untuk menulis jew pun,walaupun kadang-kadang nurul lebih suke menulis dalam buku berbanding tulis dalam blog nie.
Seperti yang korang tahu(orang yang bace blog nie lah,walaupun tak ada)blog nurul nie lebih kepada puisi,sajak dll…bukan macam sesetengah blog yang menceritakan tentang kehidupannya,tentang pengalamannya dll. Aq lebih suka berkongsi puisi dari berkongsi tentang kehidupan,tentang pengalaman,sebab hidup nurul nie tak ada ape pun yang nak diceritakan…
Tapi bagi penulis puisi macam nurul nie(perasaaan) nurul lebih suka ceritakan kehidupan nurul nie dalam puisi.okey berbalik balik kepada niat sebenar nurul menulis blog kali nie…okey kali nie nurul nak share tentang satu puisi..wuhahahah..banyak sebenarnya tapi oleh kerana blog nurul nie ad masalah ckit,so untuk hari nie,nurul share satu puisi jew dulu yew….


Semalam….
Mungkin kita tidur bersama senyuman…
Mungkin jua tidur berendam kan air mata..
Namun,Biarlah ia…
Yang berlalu biarlah ia berlalu..
Yang berlalu takkan mungkin kembali…
Hari ini…
Kita mulakan segalanya dengan kemanisan,
Dari jiwa-jiwa yang sebelum ini lara….
Kita niatkan semuanya kerana Allah.
Lalu,Senyumlah…
Andai semalam itu melukakan kita…
Itu hanya hari semalam yang luka..
Dan…
 Hari ini,senyum lah…
Kerna..
Langit tak selalunya gelap…
Bunga tak selalunya layu…
Dan mentari tak selalunya hilang sinarnya…

Tanpa dirimu sedar…
Tanpa dirimu tahu…
Pasti ada seseorang yang perlukan senyuman dari bibir mu untuk setiap hari.
23 Ramadhan


Okey lah,sampai disini sahaja dahulu coretan diri ku ini untuk kali ini..semoga ia menjadi manfaat kepada yang diri ini dan kepada pembaca biarpun tak ad… hahahahha3.



Continue Reading

Monday, 15 June 2015

Kelajuan

Assalamualaikum semua...

Yeahhhh..cuti sem datang lagi.So adalah masa nak bersihkan blog nie ah,dah berhabuk sangat dah nie...ish!3
*buat2,macam baru cuti,padahal cuti dah nak habis dah,tapi xpe..tetap jugak nak bersihkan blog nie...fuhhhhhhhhhhhhhhh...kejap yew,bersihkan blog nie jap.

Hahahahah...okey,dah bersih dah.Okey,kali nie nak nurul post ape yew...emmm
*buat2 fikir kejap ye..padahal tajuk dah ad..aduhai

Okey lah,ari nie kite nak share puisi tentang kelajuan(*xtahulah nak panggil puisi ke sajak ke ape ke...tapi,tetap nak panggil puisi..wuhahah)...Sebenarnya puisi nie dah lame dah tertulis dan terlakar,cuma hanya menunggu mase untuk dipersembahkan jew...
*cewah..ayat,bukan main lagi na...biasa lah,kate orang,itulah apabila sasterawan berkata..wuhahah

Haa...mesti korang tertanya2 kan,ada ape dengan kelajuan nie kan...okey...its time to present the puisi about the faster..
*hancur bi..kalau lah teacher bi sekolah den rendah tengok nie,kompem den keno denda..hahaah,okey2...be serius pleaz

Kelajuan
Jika ingin tahu isi budi
Pandulah kereta bersama
Barulah dirimu mengerti apa itu angin
Adanya angin jangan disangka ianya tenang
Sedangkan lembut dianginkan taufan,
Yang taufan itu jika dilihat pasti terlihat barannya
Tapi....
Tak semua ditonjolkan
Mungkin hanya itu yang ingin ditunjukkan
Supaya mengerti erti sebenar
Apa yang tersirat dibuku dan tersimpan
Tersemat hanya menunggu hari
Maka...
Apa yang keluar hanyalah palsu
Hanya tugu menunjukkan diri
Ya...semuanya benar
Hanya menunggu waktu dan tika menjelma
Dan..
Saat itu,semua menilai
Tapi...
Yang dinilai diatas,yang lebih mengerti apa erti dan makna
Kelajuan tersebut dipandu
*maafkan den kalau tak berapa nak faham...sesungguhnya

Rentak menulis yang kaku
Ritmanya tak berlagu
Kerna ianya
Lumpuh dalam ingatanku
Gugur dalam pertempuranku
Masih mencari siapa aq
Kabut dalam resah
Detik dalam payah
Mencari diri yang lemah
Yang terbaring lelah
Terkulai layu

*cukuplah sekadar ini sahaja dahulu buat kali ini,sesungguhnya terasa sesak dada ini bila teringatkan ia...
namun..
sesungguhnya ia telah lama aq ingin lupakan
dan
aq lupakan.






Continue Reading

Monday, 13 April 2015

Segenggam Tabah Ku Pertahankan

Ya Allah...
Satu per Satu...
Datang menimpa...
Aduh!!!
Lemah...
Datang lagi...
Aku lelah....
Aku kalah...
Jalan mana harus ku lalui???
Kanan @ Kiri?
Depan @ Belakang?

Kini,ku tercari-cari...

Mana???
Mana perginya dahan tempat untuk ku bergantung?
Mana perginya pohon tempat untuk ku berteduh?
Mana perginya semua ini?
Disaat aku memerlukannya...
Kenape?
Kenapa ianya semakin menjauh...
Kenapa ianya semakin rapuh...
Kenape?
  
Dimana silap ku?
Dimana salah ku?
Dimana kurangnya ku?

Kini,pelbagai persoalan bermain di minda ku ini...
Mana?Kenapa?Dimana?
Namun..
Kepada siapakah harus ku tuju persoalan demi persoalan ku ini...
Siapakah yang dapat memberi jawapannya...
Dimanakah aku akan dapat jawapannya...

Kini titis-titis hujan bagaikan mengerti diri ini....
Suasana disekeliling seakan turut memahami diri ini...
Lantas...
Suasana bertukar menjadi hening....sepi...sunyi...
Seakan turut merasai....
Jari nan bergerak terus menulis...
Dan selesai menulis terus menulis...
Tiada yang menghentikan aku menulis...
Tiada kewarakan atau kepandaian...
Akan membatalkan apa yang ditulis...
Walaupun setengah baris...
Dan tiada airmata yang boleh memadamkan...
Walaupun seperkataan yang dituli...
Walaupun airmata tetap terus mengalir seiring dengan jari yang menari...

Dan dalam diam ku berpuitis...






Continue Reading

Sunday, 22 March 2015

Indahnya Ukhuwah

Assalamualaikum...
*ehhh..dah xade pantun dah..heheh,

Emmm,nak update tentang apa pulak ye ari nie...

*huhuhu3..mentang2 lah tengah cuti,rajin pulak jari nie nak menari atas papan kekunci nie.

Hahah3,bukan apa,iye lah biler cuti  nie kan,banyak lah mase nak bersendirian,Ha.. apa lai, datang lah idea yang mencurah-curah bagaikan hujan....Tapi tu lah,tak boleh update banyak2 sekali update(nanti ada orang mengata..hahaha3).Jadinya,kena lah update satu setiap kali nak update,hahah3.Tapi tak ape kite santai-santai jew..hahah3.

*huhuhu3,penat gelak..ok...ok,kembali kepada niat asal...hahah3

Mesti korang tertanya-tanya kan,apa pulak kali nie kan,puisi ke?sajak ke?kata2 ke?cerita ke?.Hahah3...ari nie saya nak berpuisi lagi...

*puisi ke tu cik kak oii..

Hahaha3..apa2 je lah...hari nie puisi saya bertajuk Indahnya Berukhuwah.Walaupun kadang2 dalam berukhuwah nie,ada yang terluka,ada yang terasa,ada yang terseksa,tapi kita jadikan ia sebagai ujian dalam mematangkan kita.


Ukhuwwah itu indah

Indahnya ukhuwwah
Tak dapat kuungkapkan dengan lidah
Kerana bukan mudah
Malah kisahnya tidak akan berkesudah
Sesuai dengan sifatnya yang indah
Apatah lagi ukhuwwah bersama mujahid dan mujahidah
Berjuang di medan yang wahidah
Menghadapi segala cabaran dan mehnah
Ukhuwwah warisan nabi pemimpin ummah
Bersama para sahabat yang bermujahadah
Aku berukhuwwah bukan kerana harta yang akan musnah
Bukan pula demi cinta yang membawa padah
Ukhuwwah dijalin kerana di sana ada al jannah
Hadiah buat mujahid dan mujahidah
Daripada Allah yang memberi rahmah
Ukhuwwah ini tak akan berkesudah
InsyaAllah kita bertemu di al jannah
Bersama nabi saw di ar raudhah
Alangkah indahnya ya Allah
Masukkan aku dalam satu jemaah yang barakah
Tak akan berpisah walau senang dan susah
Bukannya jemaah yang sentiasa gundah
Di dunia lagi sudah berpisah
Di akhirat pula diseksa zabaniah
Semoga hati ini diteguhkan Allah
Dengan hati yang ikhlas dan lidah yang sentiasa basah
Tegar mengungkap wirid amalan mujahid dan mujahidah
Berukhuwwah demi jemaah yang barakah
Kerana kutahu, ukhuwwah itu memang indah.

teman...
andainya dirimu mengerti...
andainya dirimu tahu....
andainya dirimu terbaca tinta ini...
pastinya dirimu mengerti akan diri ini...
namun....
ia hanya tertulis di alam maya...
tak terluah dengan kata-kata...
tak terucap dengan ucapan...
biarlah ianya menjadi simpan untuk diri ini...
agar dapat meneruskan langkah ini...
biarpun ia tercalar dek duri yang tajam menusuk...
terguris dek pisau yang tajam menikam...

*entah pape lah aku merepek nie..huhuhu 


seindah sakura...


Continue Reading

Thursday, 19 March 2015

Antara Cinta & Persahabatan

Sungguh cantik si anak dara,
Menjadi idaman si anak teruna,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Harap dijawab orang yang membaca.

*pandai tak kite berpantun..heheheh

Yeahhh... cuti midsem datang lagi.So ada lah sedikit masa nurul nak update blog nurul yang dah lah terbiar sepi nie,hahah3.Sebenarnya sebelum nie pun ada jew mase nak update blog nie,tapi tu lah apabila hati tak tergerak untuk menulis,apabila jari ini tak mahu menari diatas papan kekunci,macam nie lah jadinya.

*ehemmm...kembali serius

Serius ke?hahaah.
Okey lah,sebenarnya kali ini tergerak hati nurul nak mengupdate blog nie dan kali ini nurul nak berpuisi sikit.Pandai ke?

*eh!kejap ni puisi ke?syair ke?sajak ke?emmm,suka ati lah..pape pun den tetap nak tulis.hahah3

ANTARA CINTA &PERSAHABATAN
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih antara dua ini,
Pastinya tak mampu untuk ku memilih salah satunya,
Kerna bagiku,ianya sama bererti dan bernilai dalam hidupku.

CINTA
Satu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
Kerana disebalik keindahan itu,tersirat seribu kepahitan,
Yang pastinya merentap kedamaian jiwa seorang pencinta yang setia,
Tak kala ikatan itu diundang kekecewaan,
Namun,
Ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan,
Hakikat yang tersimpan disebalik Anugerah ini,
Tak terungkai dengan bicara di bibir,
Tak tergambar dengan lakonan,
Begitu syahdunya kurniaan ILLAHI,
Lahirnya dari hati seorang insan.

PERSAHABATAN
Satu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan dan kemahuan yang ikhlas,
Bagi berkongsi suka,duka,pahit,manis kehidupan,
Sesungguhnya,
Sahabat adalah tempat kita berbicara setulusnya tentang impian dan pengertian hidup ini.

Persahabatan yang indah,
Adalah sebuah perhubungan yang disulami benang KEJUJURAN
Diwarnai dengan KEIKHLASAN
Dicurahi dengan KASIH SEJATI,
Andainya ada gunting dalam lipatan,
Maka robohlah tembok KELUHURAN sebuah PERSAHABATAN

Teman...
Mengertilah maksudku ini...
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati ini...
Sejak perkenalan kita...
Ayuhlah teman...
Kita bina tugu persahabatan...
Yang dipagari besi KEDEWASAAN...
Yang teguh berdiri dalam sebuah ikatan PERSAHABATAN...
Tak tumbang dek rintangan...
Tak retak dek perasaan... 


*maaflah,den tak pandai sangat buat ayat2 ni

Sampai disini dahulu warkah ini ku lakarkan kan...
Moga ia menjadi peringatan untuk diri ini..
Agar tidak terjebak dalam membuat pilihan...
Antara CINTA & PERSAHABATAN 

*huhuhu..agak serius tajuk kali ini kan

Sekian,terima kasih.

Continue Reading

Sunday, 15 March 2015

Diari Kehidupan

Tika jari ini begitu rancak menari...
Tiba-tiba mata  hati ini terpana...
Terpana dalam menyelusuri diari kehidupan...
Tersedar dari lena yang panjang...

Terkadang diri ini punya rasa indah yang ingin dikongsi...
Terkadang diri ini punya rasa lemah yang ingin ditiup mengikut angin...
Ada kalanya diatas...
Ada kalanya dibawah...

Kehidupan...
Kehidupan ini coraknya Abstrak...
Tak mampu untuk ku menterjemakanya dengan lukisan tangan..
Apatah lagi dengan kata-kata yang tak mampu ku luahkan...
Kerna...
Lukisan tangan manusia... pasti...
Pastinya tidak secantik lukisan caturan dari ALLAH...

Hari ini...
Tercatat satu kisah dan cerita..
Mungkin..
Mungkin pada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...
Ianya hanya salah satu cerita tentang kehidupan...
Namun..
Pada diri yang kerdil ini...
Itulah tarbiyyah dari ILLAHI..
Untuk ku sedar...
Hidup ini bukan seperti yang diceritakan dalam kisah-kisah dongeng..
Yang begitu indah untuk kita menulusurinya...
Hidup ini bukan seperti yang diceritakan dalam novel...
Sempurna..
Seronok..
Bahagia...

Namun...
Kehidupan ini adalah suatu perjalanan...
Suatu perjalanan yang harus dimulai dengan satu langkah..
Langkah untuk mengajar erti kehidupan..
Langkah untuk mengajar erti kedewasaan...
Langkah untuk mengajar erti kematangan...
Langkah yang harus diteruskan..
Biarpun..
Biarpun ku tahu...
Semakin jauh ku melangkah..
Semakin tinggi ku mendaki..
Andainya terjatuh...
Sakitnya itu amat perit untuk diceritakan...
Namun..
Ku akan tetap teruskan langkah ini...
Kerna pastinya..
Dihujung perjalanan ku ini,..
Pasti ada satu SINAR BAHAGIA...

Jangan kamu mengimpikan sesuatu yang manis itu SEINDAH rasanya TAMAR...sebelum kamu merasa perit dan susahnya sesuatu...

...And In The Ends
Some Of Yours Greatest Pains Become Yours Greatest Strengths.



Continue Reading

Thursday, 12 March 2015

Selamat Menjadi Dia

Dia...
Dia tak cantik mengoda..
Tanpa bulu mata palsu..
Tanpa gincu bibir...
Tanpa lip balmnya pun tak berwarna...
Tak mengoda...
Ada macam tak ada.

Matanya..
Matanya tak galak...
Tak redup...
Hanya mata biasa-biasa...
Kadangkala matanya terlihat bengkak dan sembab..
Namun...
Tak pernah  dia sembunyikan itu dengan eyeliner,maskara dan eye shadow...
Yang sememangnya Dia tak pandai nak calit-calit benda alah itu...

Hidungnya...
Hidungnya pun tak macung...
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas...
Namun..
Tak pula mahu Dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri...
Hanya...
Bedak nipis yang gayanya ada macam tiada..

Dan Dia..
Ya..
Dia selesa begitu...
Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda itu,Dia tak peduli dengan pandangan orang,tak kisah dengan trend rakan-rakanya.
Bukan dia kedekut...
Tapi...
Dia rasa tak perlu..
Tak perlu menempek segala benda alah itu untuk terlihat cantik...

Dan Dia...
Ya..
Dia selesa begitu..
Sederhana dengan caranya...
Bersyukur dengan apa yang dia ada...
Biarlah...
Biarlah dia dipandang kolot dan tak bergaya...
Dia tak peduli...
Dia malas nak ambil peduli..
Yang Penting!!!
Dia tak menarik perhatian lelaki..
Dan..
Tak pula berlebih-lebihan dalam gayanya...
Sedang...
Dalam caranya itu...
Dia masih tak sedap hati..
Masih terasa ada mata-mata yang memerhati...

Susah menjadi Dia?
Tak ada yang memandang?
Tak ada yang mengorat?

Alangkah senangnya...
Senang Dia nak jaga dirii..
Terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan...

Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba,nak jugak terlihat cantikk dan mengoda?
Namun..
Dia dipujuk hatinya dengan
"JANGAN,ITU SEMUA GODAAN DUNIA"

"Wanita itu memang sudah cantik,maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudiannya mengundang dosa"

Dipujuk hatinya.
Walau terasa ingin mencuba...
Dia lebih takut akibat dosa yang akan menimpa...
Andai diturutkan rasa hati.

Ya..
Biarlah...
Biarlah dia menjadi gadis biasa..
Yang sederhana...
Yang kehadiranya tak disedari..
Yang kepergiannya tak ditangisi..

Ya..
Dia selesa begitu..
Biarlah..
Dunia hanyalah sementara...

Kau bukan PELIK...
Kau LIMITED EDITION..

*Ingin sekali ku menjadi seperti dia*

Wanita yang CANTIIK adalah yang sentiasa bersolek untuk menjaga rupa parasnya...
Wanita yang SEMPURNA adalah yang sentiasa bersolat untuk menjaga iman dan hati mereka...


Continue Reading

Tuesday, 10 March 2015

Untuk Adam Dan Hawa


Assalamualaikum,pembuka bicara..
Harap dijawab orang yang membaca..

*hahahah3,macam tak kena jew pantun.

Wah,kesiankan dekat bloh kita nie kan..dah bersawang dah,agak2 ada tak hantu dalam nie eak?Dah berkurun dah kita biarkan blog kita nie diam membisu tanpa kata.Nak kata bzy,tak ada lah bzy sangat,tapi sebenornya koya bzy jew.(bak kata seseorang yang ku kenali)

okey lah kembali serius...ehem3

Nak tahu tak kenape terdetik di hati ini tibe-tibe nak update blog yang dah bersawang nie.Emm..nak kata ada idea yang mencurah2 tu tak adalah,tapi memang tak ada idea pun sebenarnya nak cerita ape dalam nie...

*tiba2

Tinggg!!!

Teringat satu post yang pernah kita baca,jadi dengan itu datanglah niat yang agak baik sebenarnya..
*senyum jahat

Nak membalas post itu dengan tajuk....

*jeng jeng jeng

Maka terhasil lah tajuk diatas.Yaitu:

Untuk Adam..andai mahu mencari hawa..

1. Jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..

lihatlah pd telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..

fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..
sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..

andai kata-katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram, atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..

andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


Dan Untuk Hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..

andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..

andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..

andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


Sekian,terima kasih..
*cewah...koya berucap jew








Continue Reading