Monday, 13 July 2015

Semalam

*Bismillahirrahmanirrahim* *Tika tinta seolah terhenti,* *tiada kata tertaip* *tiada huruf tercatit* *hanya ada langkah terus mengorak* *hanya ada bicara terus disusun* *hanya ada idea terus menerpa.* *Allahku,* *aku perlu kekuatan daripadaMu,* *merangkulku erat dalam redha* *menyiramiku dalam ketaatan cinta* *biar hujan duka* *biar gerimis suka* *pasti...* *semua tiada apa,* *cukuplah Engkau ‘ada’* *sudi terus bertakhta* *di hati yang terus bernoda,* *Engkau punyai banyak hamba selainku,* *tapi aku hanya ada SATU TUHAN* *Allahku....


Assalamualaikum semua pembaca-pembaca blog ku ini(*sambil sapu-sapu cikit halaman blog yang berdebu nie)…..hahahahah3…walaupun tahu sebenarnya tak ada orang pun yang bace blog nie…tapi its okey….sebab ape? Sebabnya niat nurul buat blog nie hanya sekadar melempiaskan nafsu untuk menulis jew pun,walaupun kadang-kadang nurul lebih suke menulis dalam buku berbanding tulis dalam blog nie.
Seperti yang korang tahu(orang yang bace blog nie lah,walaupun tak ada)blog nurul nie lebih kepada puisi,sajak dll…bukan macam sesetengah blog yang menceritakan tentang kehidupannya,tentang pengalamannya dll. Aq lebih suka berkongsi puisi dari berkongsi tentang kehidupan,tentang pengalaman,sebab hidup nurul nie tak ada ape pun yang nak diceritakan…
Tapi bagi penulis puisi macam nurul nie(perasaaan) nurul lebih suka ceritakan kehidupan nurul nie dalam puisi.okey berbalik balik kepada niat sebenar nurul menulis blog kali nie…okey kali nie nurul nak share tentang satu puisi..wuhahahah..banyak sebenarnya tapi oleh kerana blog nurul nie ad masalah ckit,so untuk hari nie,nurul share satu puisi jew dulu yew….


Semalam….
Mungkin kita tidur bersama senyuman…
Mungkin jua tidur berendam kan air mata..
Namun,Biarlah ia…
Yang berlalu biarlah ia berlalu..
Yang berlalu takkan mungkin kembali…
Hari ini…
Kita mulakan segalanya dengan kemanisan,
Dari jiwa-jiwa yang sebelum ini lara….
Kita niatkan semuanya kerana Allah.
Lalu,Senyumlah…
Andai semalam itu melukakan kita…
Itu hanya hari semalam yang luka..
Dan…
 Hari ini,senyum lah…
Kerna..
Langit tak selalunya gelap…
Bunga tak selalunya layu…
Dan mentari tak selalunya hilang sinarnya…

Tanpa dirimu sedar…
Tanpa dirimu tahu…
Pasti ada seseorang yang perlukan senyuman dari bibir mu untuk setiap hari.
23 Ramadhan


Okey lah,sampai disini sahaja dahulu coretan diri ku ini untuk kali ini..semoga ia menjadi manfaat kepada yang diri ini dan kepada pembaca biarpun tak ad… hahahahha3.



0 comments:

Post a Comment