Wednesday, 20 August 2014

Hidup dan ujian itu kembar.


'Adakah kamu menyangka kamu itu beriman sedang kamu tidak diuji seperti kaum-kaum yang terdahulu?'

Yang membezakan, cara kita melihat sesuatu itu. Bala? Atau rahmat?

Mungkin, zahirnya kita perlu senyum. Harus kuat untuk menguatkan. Bukan kerana kita sahaja yang perlu menguatkan. Bukan. Kerana tanpa sedar, insan sekeliling kita juga senyum walau ada perit dalam jiwa, untuk menggagahkan kita. Senyum, tanda syukur. :)

'Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.'

Pada sekelumit sabar kita, ada hikmah yang sedang memekar merah. Pada sujud kita, ada ketenangan yang berlumba masuk menuju jiwa yang pasrah. Maka benarlah, pertolongan yang terbaik hanya dari Dia. Kenapa perlu putus asa? Sedang Dia Pencipta Semesta, pemilik tujuh lapis atas dan bawah dunia.

Bukan senang

Ibarat si pendaki yang bercita-citakan puncak yang tinggi. Harus punya bekalan yang mencukupi. Pasti, dakian yang ditemani batu tajam, jalan curam bukan sesenang yang disangkakan. Diredah jua demi matlamat yang sudah dipasak kukuh dalam hati.

Begitu jugalah seorang pejuang kehidupan. Menuju matlamat yang lebih besar. Redha Tuhan Yang Esa. Harus sahaja jalannya lebih banyak cerucuk duri. Harus sahaja jalannya lebih berliku. Demi sebuah nikmat yang tak terbayang dek mata, tak terdengar di telinga, tak terimiginasi di fikiran.
Continue Reading

Tuesday, 19 August 2014

Bersabar dengan syahwat lebih mudah dari bersabar dengan KESAN syahwat!

****
Buat dosa memang nampak macam best. Tapi, nak menanggung KESAN dosa tu, ramai yang tak mampu. Kesan dosa, apa dia?! Saya tak nak hurai dulu, saya akan bagi point. Korang tengok, apa effect bila buat dosa. Korang sanggup tak tahan dengannya?
1)Terhalang dapat ilmu.
2)Terhalang dari rezeki.
3)Jauh dari Allah.
4)Rasa terpinggir dari manusia.
5)Urusan jadi sulit.
6)Hati jadi gelap gila.
7)Rasa susah nak taat Allah.
8)Umur jadi pendek(umur tak berkat).
9)Akan mengheret kita untuk buat dosa lain.
10)Melemahkan rangsangan ketaatan. Means, takde rasa nak buat baik langsung!
11)Sampai satu tahap, kita akan rasa bangga dengan maksiat.
12) Allah hina.
13) Rasa maksiat tu kecil.
14) Melemahkan akal.
15) Hati tertutup.
16) Mengundak laknat.
17) Terhalang dari doa nabi dan malaikat.
18) Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
19) Menghilangkan nikmat!
20) Mengabaikan diri sendiri.
21) Kehidupan seolah-olah menjadi sempit!
Banyak lagi sebenarnya. Pedihkan? Adakah kita sanggup buat dosa yang nikmatnya takdelah nikmat sangat, and then kita terpaksa menanggung KESAN akibat dosa yang kita buat tu??!
Sebelum buat dosa, fikirlah dulu.
Ingatlah pesanan Ibn Qayyim:
"Ramai orang mampu bersabar dengan syahwat. Tapi, tak ramai yang mampu bersabar dengan kesan syahwat!!"
Continue Reading

Monday, 18 August 2014

Maksiat ada dua. Maksiat Zahir dan Maksiat Batin.

Maksiat ada dua. Maksiat zahir dan maksiat batin.

Maksiat zahir ni maksiat luaran. Means, dosa tangan, mata, mulut, kemaluan, kaki dan lain-lain. Contoh, zina, mencuri, membunuh, tengok video lucah, couple dan lain-lain.

Maksiat batin pulak, maksiat HATI. Contoh, takabbur, ujub, dengki, riyak, benci, marah, nak pangkat, dan lain-lain.

Kalau nak tahu, dosa BATIN(dosa hati) lebih nedar dosanya dari dosa batin!!! Hatta, imam ghazali namakan maksiat hati ni dengan nama 'almuhlikat' yang bermaksud 'perkara-perkara yang membinasakan'.

Maka, jagalah hati kita!!
Continue Reading

Kenapa zaman sekarang susah nak kahwin awal?

Cuba teka, kenapa mak ayah zaman sekarang susah nak bagi anak-anak depa kahwin awal?
Sebab, banyak pemuda zaman sekarang ni langsung tak bertanggungjawab dan langsung tak layak untuk kahwin awal!!!
Terutama orang yang couple dan ikhtilat. Orang yang couple dan ikhtilat ni antara contoh orang yang langsung tak bertanggungjawab. Mainkan perasaan perempuan/laki dengan kata-kata cinta, terus-menerus buat dosa chatting bagai, keluar sama-sama, dan banyak lagi.
Di sebabkan dosa inilah, kemungkinan menjadi PUNCA Allah susahkan korang untuk kahwin awal! Sebab, orang yang cemari jalan perkahwinan dengan couple dan ikhtilat adalah orang yang sungguh tak bertanggungjawab pada Allah, pada agama dan pada pasangan couple dan ikhtilatnya.
So, apa solusi?
Kalau nak Allah mudahkan proses kahwin, maka, jadilah orang yang BERTANGGUNGJAWAB.
Sebab tu, berdasarkan pengalaman saya, ramai orang yang berjaya kahwin awal ialah orang yang tak couple dan tak ikhtilat!
Nampak tak, Allah mudahkan?
Hatta, kawan saya cerita,bila dia minta ayah dia untuk nak kahwin awal, ayah dia cakap:
"Sebenarnya, ayah berat nak kasi awak kahwin awal. Tapi, di sebabkan ayah nampak awak amat menjaga ikhtilat dari sekolah lagi, sebagai hadiah, ayah izinkan awak untuk kahwin awal..."
****
Pointnya bukan pasal kahwin awal sangat sebenarnya. Point yang saya nak sampaikan ialah:
"Cukup-cukuplah jadi orang yang tak bertanggung-jawab dengan couple dan ikhtilat.."
Ingatlah kata-kata Ibn Qayyim:
"Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta(bermakna, lagi kejam dari perompak yang merompak rumah orang)".
Bawak bertaubat. Kalau kau nak urusan kau mudah, maka, buatlah Allah dan rasul gembira. Nescaya Allah akan bukakkan kau pintu-pintu kemudahan untuk menjadi orang yang taat.
Percayalah!
*Actually banyak lagi punca. Tapi ramai orang tak perasan, ini adalah salah satu punca BESAR.
Continue Reading

Sunday, 10 August 2014

Bismillahirahmanirahim

                                                                                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم ..
                                                                                                            Bersangka Baik Dengan ALLAH ..
                                                                                                                                 Allah bagi dia cantik ,
                                                                                                                                Allah bagi dia pandai ,
                                                                                                                                  Allah bagi dia kaya ,
                                                                                                                                   Allah bagi dia sihat .
Ingat !
Allah bagi dia lebih , macam tu juga dengan kita . Allah bagi kelebihan juga dekat kita tapi kita je tak perasan sebab apa? sebab kita sibuk sangat tengok Orang lain .
Sayang ,
bersangka baiklah dengan Allah , untuk apa cemburu dengan kelebihan Orang .
Bersyukurlah , Allah itu Maha Adil 

Continue Reading

Seindah Sakura

*Bismillahirrahmanirrahim* *Tika tinta seolah terhenti,* *tiada kata tertaip* *tiada huruf tercatit* *hanya ada langkah terus mengorak* *hanya ada bicara terus disusun* *hanya ada idea terus menerpa.* *Allahku,* *aku perlu kekuatan daripadaMu,* *merangkulku erat dalam redha* *menyiramiku dalam ketaatan cinta* *biar hujan duka* *biar gerimis suka* *pasti...* *semua tiada apa,* *cukuplah Engkau ‘ada’* *sudi terus bertakhta* *di hati yang terus bernoda,* *Engkau punyai banyak hamba selainku,* *tapi aku hanya ada SATU TUHAN* *Allahku....
Continue Reading