Friday, 24 July 2015

Titik Cahaya

Assalamualaikum semua....sedar tak sedar dah seminggu kita beraya kan..dan tanpa sedar tak sedar esok dah nak balik ke U balik,... walaupun  pada hakikatnya,sepatutnya dan sebetulnya sesi pembelajaran  dah bermula hari rabu lepas dah (*kepada adik2yang baru masuk u tu jangan nak ikot senpai nie ye...hahaah3).

Okey lah...memandangkan  dah nak balik ke U...sementara masih ada masa terluang ni,nurul nak share satu lagi puisi lah...sebenarnya puisi nie pun dah lame dah  tertulis,terlakar dan tercipta....tapi itu lah,biler dah koya buzy tu kan xada makna ye lah nak update blog...dan akhirnya ia tersimpan rapi dalam buku catatan hati....jadi sekarang nurul nak pindahkan puisi dari buku catatan hati nurul nie kepada buku catatan penulisan nurul nie(*blog).

1...2...3....its show timee!!!!

*********************************************************************************
~TITIK CAHAYA~

Telah ku temui satu titik cahaya...
Titik cahaya yang telah membuka mataku...
Yang telah memberi ku satu semangat untuk diri ini terus melangkah....
Sungguh...
Cahaya itu sebenarnya sentiasa ada di sekeliling kita...
Yang meminta kita untuk membaca tanda-tanda alam ini...
Yang menuntun kita untuk terus menyelusuri kehidupan ini...

Ya ALLAH...
Sungguh....
Terlalu banyak hal yang belum ku temui...
Terlalu banyak hal yang belum ku terokai...
Dan...
Terlalu banyak hal yang belum ku jelajahi...
Namun..
Itu bukan bererti untuk ku mengalah...
Tapi...
Akan ku jadikan itu satu semangat untuk terus melangkah...
Dan...
Ku tetap akan meneruskan perjalanan ku ini...
Meskipun baru kini ku mulai...
Meskipun baru kini ku temui...

ISLAM itu bukan hanya jalan yang kita pilih...
Tapi...
Jejak yang kita tinggalkan.

Peradaban takkan terlakar tanpa karya~

*********************************************************************************
Okey lah..sampai disini sahaja dahulu post kali ini... semoga ia dapat memberi maafaat kepada pembaca dan penulis ini sendiri(*buat2 xtahu siapa penulisnya..annynomous). Kepada membaca boleh lah menegur mana2 yang silap,mana2 yang kurang...sesungguhnya diri ini hamba hina..banyak kekurangannya.

Yang baik jadikan tauladan...
Yang buruk jadikan sempadan..

Continue Reading

Wednesday, 22 July 2015

Raya : Tangisan Lelaki

Assalamualaikum semua… macam mana dengan raya korang? Mesti best kan…ye lah,dapat balik kampong,dapat luangkan mase bersama family….boleh selfie banyak2 kan dengan saudara mara…memang seronok lah kan…

Aq raya macam biasa ye..maklum lah memang kampong dekat jew…saudara-mara pun dekat2 jah…jadi dalam kehidupan aq nie,xada istilah balik kampong lah…sebab ibu bapa aq berasal,disitu lah aq menetap…
Okey…dalam kite sibuk beraya nie..mesti korang yang umur dah 20 keatas,mesti banyak dapat soalan cepu mas dari saudara-mara kan… soalan yang paling femes yang biasa kita dengar …
“bila nak kawin?”
Hahah…nasib baik aq muda agy…kalau aq lah,time2 raye nie,biler jumpa saudara-mara lah kan..aq dapat jugak soalan…tapi soalan nie memang favourite aq lah…dan xsesusah jawap soalan dekat atas tu…. Jeng….jeng..jeng…mesti korang nak tahu kan ape soalan dia…soalannya berbunyi…
“tingkatan berapa dah?”
“periksa lah kan tahun nie”

Hahaha..nampak tak kat situ..bertapa mudanya aq nie…so,kata putri,”so….kita enjoy” ye lah..umur masih muda,kata orang tua-tua…umur baru setahun jangung…hahahah…
Okey2….aq tak nak share rahsia awet muda aq nie…ari nie aq nak share sesuatu yang tibe2 terlintas difikiran ku bagaikan hujan yang turun mencurah-curah dari langit…

Aq tertanya2…macam mane lah aq boleh bagi nasihat tentang cinta…sedangkan aq tak pernah alami pun ape itu cinta….jap…tipu lah aq cakap xpernah….pernah tu pernah lah..tapi setakat cinta monyet je kot…tak ada lah macam couple sekarang nie…siap berjanji nak hidup semati la.… semoga awk org terawal dan terakhir lah dan macam2 lagi lah..…yekkk.

Ok2..dah banyak sangat dah aq merapu nie…hampir terlupa dan ape sebenarnya nak cerita ari nie..
Ok2… hari ni aq nak share tentang tangisan lelaki…mungkin selama nie kita  tak tahu kan tentang tangisan lelaki,sebab kita begitu sinonim dengan tangisan adalah untuk perempuan…tapi kita lupa,lelaki juga ada perasaan…mereka juga menangis…malah mereka lebih banyak menangis berbanding perempuan….jadi ari nie aq nak share tentang fakta tangisan lelaki (*terjumpa dalam pendrive lame,dah berhabuk dah pun fakta nie..fakta ke ?biarlah lah korang yang lelaki yang jawap yew)



 Tangisan Lelaki

 Lelaki sebenarnya jauh lebih sering MENANGIS?
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya.

Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.

Lelaki menangis kerana tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak penyangga dalam rumah tangga.
Menjadi pengawal Tuhan bagi ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.

Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.

Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.
 Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.

Lelaki menangis dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.
 Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.

Lelaki menangis dalam tegak & teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.


Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh.

Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri & keluarganya digugat.
Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari.
Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki.
Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak & isteri.
Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya.

Namun..
Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya apabila bersendirian.. menyedari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Allah.

Pandanglah Ayah..
Pandanglah Suami..
Pandanglah Saudara lelaki..

Sesungguhnya syurga Allah berada di dalam keredhaan mereka..

****************************************************************************************************************
okeylah,sampai disini sahaja post untuk kali ini...dan rasanya belum terlambat lagu untuk aq ucapankan selamat hari raya...maaf zahir & batin

Continue Reading

Monday, 13 July 2015

Semalam

*Bismillahirrahmanirrahim* *Tika tinta seolah terhenti,* *tiada kata tertaip* *tiada huruf tercatit* *hanya ada langkah terus mengorak* *hanya ada bicara terus disusun* *hanya ada idea terus menerpa.* *Allahku,* *aku perlu kekuatan daripadaMu,* *merangkulku erat dalam redha* *menyiramiku dalam ketaatan cinta* *biar hujan duka* *biar gerimis suka* *pasti...* *semua tiada apa,* *cukuplah Engkau ‘ada’* *sudi terus bertakhta* *di hati yang terus bernoda,* *Engkau punyai banyak hamba selainku,* *tapi aku hanya ada SATU TUHAN* *Allahku....


Assalamualaikum semua pembaca-pembaca blog ku ini(*sambil sapu-sapu cikit halaman blog yang berdebu nie)…..hahahahah3…walaupun tahu sebenarnya tak ada orang pun yang bace blog nie…tapi its okey….sebab ape? Sebabnya niat nurul buat blog nie hanya sekadar melempiaskan nafsu untuk menulis jew pun,walaupun kadang-kadang nurul lebih suke menulis dalam buku berbanding tulis dalam blog nie.
Seperti yang korang tahu(orang yang bace blog nie lah,walaupun tak ada)blog nurul nie lebih kepada puisi,sajak dll…bukan macam sesetengah blog yang menceritakan tentang kehidupannya,tentang pengalamannya dll. Aq lebih suka berkongsi puisi dari berkongsi tentang kehidupan,tentang pengalaman,sebab hidup nurul nie tak ada ape pun yang nak diceritakan…
Tapi bagi penulis puisi macam nurul nie(perasaaan) nurul lebih suka ceritakan kehidupan nurul nie dalam puisi.okey berbalik balik kepada niat sebenar nurul menulis blog kali nie…okey kali nie nurul nak share tentang satu puisi..wuhahahah..banyak sebenarnya tapi oleh kerana blog nurul nie ad masalah ckit,so untuk hari nie,nurul share satu puisi jew dulu yew….


Semalam….
Mungkin kita tidur bersama senyuman…
Mungkin jua tidur berendam kan air mata..
Namun,Biarlah ia…
Yang berlalu biarlah ia berlalu..
Yang berlalu takkan mungkin kembali…
Hari ini…
Kita mulakan segalanya dengan kemanisan,
Dari jiwa-jiwa yang sebelum ini lara….
Kita niatkan semuanya kerana Allah.
Lalu,Senyumlah…
Andai semalam itu melukakan kita…
Itu hanya hari semalam yang luka..
Dan…
 Hari ini,senyum lah…
Kerna..
Langit tak selalunya gelap…
Bunga tak selalunya layu…
Dan mentari tak selalunya hilang sinarnya…

Tanpa dirimu sedar…
Tanpa dirimu tahu…
Pasti ada seseorang yang perlukan senyuman dari bibir mu untuk setiap hari.
23 Ramadhan


Okey lah,sampai disini sahaja dahulu coretan diri ku ini untuk kali ini..semoga ia menjadi manfaat kepada yang diri ini dan kepada pembaca biarpun tak ad… hahahahha3.



Continue Reading