Wednesday, 22 July 2015

Raya : Tangisan Lelaki

Assalamualaikum semua… macam mana dengan raya korang? Mesti best kan…ye lah,dapat balik kampong,dapat luangkan mase bersama family….boleh selfie banyak2 kan dengan saudara mara…memang seronok lah kan…

Aq raya macam biasa ye..maklum lah memang kampong dekat jew…saudara-mara pun dekat2 jah…jadi dalam kehidupan aq nie,xada istilah balik kampong lah…sebab ibu bapa aq berasal,disitu lah aq menetap…
Okey…dalam kite sibuk beraya nie..mesti korang yang umur dah 20 keatas,mesti banyak dapat soalan cepu mas dari saudara-mara kan… soalan yang paling femes yang biasa kita dengar …
“bila nak kawin?”
Hahah…nasib baik aq muda agy…kalau aq lah,time2 raye nie,biler jumpa saudara-mara lah kan..aq dapat jugak soalan…tapi soalan nie memang favourite aq lah…dan xsesusah jawap soalan dekat atas tu…. Jeng….jeng..jeng…mesti korang nak tahu kan ape soalan dia…soalannya berbunyi…
“tingkatan berapa dah?”
“periksa lah kan tahun nie”

Hahaha..nampak tak kat situ..bertapa mudanya aq nie…so,kata putri,”so….kita enjoy” ye lah..umur masih muda,kata orang tua-tua…umur baru setahun jangung…hahahah…
Okey2….aq tak nak share rahsia awet muda aq nie…ari nie aq nak share sesuatu yang tibe2 terlintas difikiran ku bagaikan hujan yang turun mencurah-curah dari langit…

Aq tertanya2…macam mane lah aq boleh bagi nasihat tentang cinta…sedangkan aq tak pernah alami pun ape itu cinta….jap…tipu lah aq cakap xpernah….pernah tu pernah lah..tapi setakat cinta monyet je kot…tak ada lah macam couple sekarang nie…siap berjanji nak hidup semati la.… semoga awk org terawal dan terakhir lah dan macam2 lagi lah..…yekkk.

Ok2..dah banyak sangat dah aq merapu nie…hampir terlupa dan ape sebenarnya nak cerita ari nie..
Ok2… hari ni aq nak share tentang tangisan lelaki…mungkin selama nie kita  tak tahu kan tentang tangisan lelaki,sebab kita begitu sinonim dengan tangisan adalah untuk perempuan…tapi kita lupa,lelaki juga ada perasaan…mereka juga menangis…malah mereka lebih banyak menangis berbanding perempuan….jadi ari nie aq nak share tentang fakta tangisan lelaki (*terjumpa dalam pendrive lame,dah berhabuk dah pun fakta nie..fakta ke ?biarlah lah korang yang lelaki yang jawap yew)



 Tangisan Lelaki

 Lelaki sebenarnya jauh lebih sering MENANGIS?
Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya.

Itulah mengapa Allah menyebutkan pada lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita. Dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kau lihat melainkan selain kedegilan mereka.

Lelaki menangis kerana tanggung jawabnya di hadapan Allah.
Dia menjadi tonggak penyangga dalam rumah tangga.
Menjadi pengawal Tuhan bagi ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anaknya.

Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya.

Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya.
 Tidak dapat kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.

Lelaki menangis dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan.
 Tidak dapat kau dengar tangisnya pada omelan-omelan di bibirnya.

Lelaki menangis dalam tegak & teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam.


Tidak nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh.

Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri & keluarganya digugat.
Lelaki menangis dengan sigap bangunnya di kegelapan dini hari.
Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam menjemput rezeki.
Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak & isteri.
Lelaki menangis dengan tenaga dan darahnya menjadi garda bagi agamanya.

Namun..
Lelaki pun sungguh-sungguh menangis dengan air matanya apabila bersendirian.. menyedari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Allah.

Pandanglah Ayah..
Pandanglah Suami..
Pandanglah Saudara lelaki..

Sesungguhnya syurga Allah berada di dalam keredhaan mereka..

****************************************************************************************************************
okeylah,sampai disini sahaja post untuk kali ini...dan rasanya belum terlambat lagu untuk aq ucapankan selamat hari raya...maaf zahir & batin

0 comments:

Post a Comment