Tuesday, 10 March 2015

Untuk Adam Dan Hawa


Assalamualaikum,pembuka bicara..
Harap dijawab orang yang membaca..

*hahahah3,macam tak kena jew pantun.

Wah,kesiankan dekat bloh kita nie kan..dah bersawang dah,agak2 ada tak hantu dalam nie eak?Dah berkurun dah kita biarkan blog kita nie diam membisu tanpa kata.Nak kata bzy,tak ada lah bzy sangat,tapi sebenornya koya bzy jew.(bak kata seseorang yang ku kenali)

okey lah kembali serius...ehem3

Nak tahu tak kenape terdetik di hati ini tibe-tibe nak update blog yang dah bersawang nie.Emm..nak kata ada idea yang mencurah2 tu tak adalah,tapi memang tak ada idea pun sebenarnya nak cerita ape dalam nie...

*tiba2

Tinggg!!!

Teringat satu post yang pernah kita baca,jadi dengan itu datanglah niat yang agak baik sebenarnya..
*senyum jahat

Nak membalas post itu dengan tajuk....

*jeng jeng jeng

Maka terhasil lah tajuk diatas.Yaitu:

Untuk Adam..andai mahu mencari hawa..

1. Jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..

lihatlah pd telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..

fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..
sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..

andai kata-katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram, atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..
khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..

andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..
khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


Dan Untuk Hawa.. andai mahu menerima cinta adam..

1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..

andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..
khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..

andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..

andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..
khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


Sekian,terima kasih..
*cewah...koya berucap jew








0 comments:

Post a Comment